Radio Amatur adalah merupakan salah satu daripada alat yang digunakan bagi tujuan komunikasi dengan menggunakan peralatan radio. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau keseluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Monday, January 21, 2008
Radio amatur
Apakah yang dikatakan hobi radio amatur?
Radio Amatur adalah merupakan salah satu daripada alat yang digunakan bagi tujuan komunikasi dengan menggunakan peralatan radio. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau keseluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Sebahagian daripada pengguna radio amatur memancarkan isyarat mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi mendapatkan jarak pancaran yang lebih jauh dan luas semasa berkomunikasi.
Terdapat juga sebahagian yang berkomunikasi menggunakan isyarat "morse".
Pengendali Radio Amatur adalah merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai isyarat penggillan (call sign) sendiri yang mana ia merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara (Airwaves). Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia Radio Amatur walaupun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia yang masih tidak membenarkan penggunaannya sebagai sebahagian dari aktiviti sampingan.
Keseronokan di dalam menggunakan perhubungan Radio Amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sebahagian darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berkekalan . Dengan berkomunikasi melalui radio kita akan dapat mengenali budaya dan adat resam sesuatu penduduk yang mungkin sukar dicapai dengan perhubungan yang sedia ada disebabkan kurang nya infrastruktur dan tempat yang jauh dipendalaman.
Dari itu dapatlah kita simpulkan bahawa Radio Amatur adalah merupakan suatu hobi yang amat baik dan menarik bagi tujuan pendidikan dan perhubungan jarak jauh yang murah lagi efisien.
Di samping berkomunikasi kita dapat juga membantu agensi agensi kecemasan dalam memberikan khidmat komunikasi semasa bencana dan juga semasa aktiviti yang berbentuk sosial.
Siapa yang boleh menyertai?
Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur(diatas 14 tahun), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.
Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa Radio Amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti King Husin of Jordan, King Juan Carlos of Spain, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat Radio Amatur.
Bagaimana untuk menyertai?
Pada peringkat awalnya, kita boleh menjadi seorang pendengar sahaja [ SWAL (short wave amateur listener) ] tetapi jika kita hendak berkomunikasi iaitu memancarkan isyarat, kita perlu mempunyai lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk mendapatkan lesen Radio Amatur kita perlu menduduki R.A.E (Radio Amatur Examination), satu ujian teori yang mana bila lulus ujian ini kita layak memohon lesen kelas "B" (B License) yang mana membenarkan kita untuk menggunakan band VHF,UHF dan juga sebahagian dari HF. Dan jika kita memerlukan jalur frekuensi dan kuasa memancar yang lebih besar yang membolehkan kita meletakkan dunia didalam gengaman, kita perlu menjalani satu lagi ujian iaitu "CW Test" (Ujian Morse Kod). Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut, maka kita jadilah sebagai seorang pengendali Radio Amatur yang professional.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment