Tuesday, February 14, 2012

AGM ASTRA KE-15

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak persatuan akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan seperti yang ditetapkan di dalam Fasal 8 Perlembagaan ASTRA seperti berikut:

Tarikh : 03 Mac 2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan TSO Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah Darul Aman
Jam : 1400 petang.

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat di hargai.

Tuesday, May 31, 2011

MAJLIS MEGA EYEBALL TERBUKA ANJURAN ASTRA WILAYAH TENGAH

26 May 2011
Tuan/Puan,

MAJLIS MEGA EYEBALL TERBUKA ANJURAN ASTRA WILAYAH TENGAH

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Suatu Majlis Mega Eyeball Terbuka kepada mana-mana rakan HAM Malaysia yang berkesudian adalah dijemput seperti ketetapan berikut;

Tarikh                          : Sabtu, 25 JUN 2011
Tempat                       : Restoren Hj CafĂ©, Lot 7461, Kg Baru Bt. 14 Puchong
                                       (Bandar Bukit Puchong) Selangor.

GPS / Coordinate      : N 02°59.352’ E 101° 37.613’ (Garmin)
Masa                             : 8:00 pm

3. Penyertaan terbuka kepada semua rakan-rakan HAM dengan sedikit sumbangan untuk Majlis adalah seperti berikut:

Persorangan                              : RM 20.00
Keluarga (Kurang dari 4 ahli)      : RM 30.00

 4. Berbagai acara yang akan diadakan, kepada yang berkesudian bolehlah menghubungi saya sendiri 9W2ZBV di talian 018-2831314 atau 9W2HYY Tn. Hj Yusuff  ditalian 019-3352595

Sekian, harap maklum.

Biro Siaraya AWT

Sunday, June 27, 2010

27/06/2010 - BERITA KEBAJIKAN (SILENT KEY)

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan kita 9W2KMT Mohd Fadzullah bin Taifor @ Kang Mat telah kembali kerahmatullah malam tadi pukul 1:45am , 27/06/2010 di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau telah jatuh sakit kerana masalah jantung dan telah berada dalam keadaan koma sebulan lebih.

Berita Terkini:

Pada pukul 9:00am, jenazah sedang dimandikan, seterusnya akan dikapankan. Setelah di sembahyangkan, jenazah akan di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Api-Api, Kuala Selangor pagi ini juga dalam pukul 10:00 - 11:00am.

Kepada mana-mana rakan yang ingin berziarah, bolehlah menghubungi:

SWL Zahir (Harmonic 9W2KMT) - 014-2272404

Sumbangan boleh disalur terus ke akaun XYL beliau seperti di bawah:

Nama : Ustazah Zabedah bt. Mohd Daim
No. Akaun: 12010020371710
Bank : Bank Islam Berhad, Klang

Sekian terima kasih. Alfatihah..............

Saturday, April 24, 2010

Simplex lokalan


  • V40 145.500MHz Sg Buloh, Kepong
  • V24 145.300MHz Sabak Bernam
  • V46 145.575MHz Kuala Kubu Bharu, Rawang
  • V69 147.585MHz Gombak
  • V66 147.495MHz Semenyih, Beranang
  • V47 145.5875MHz Alam Damai Cheras
  • V44 145.550MHz Shah Alam
  • V38 145.475MHz Serdang, Seri Kembangan
  • V35 145.4375MHz Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya
  • V33 145.4125MHz Gombak
  • V27 145.3375MHz Seremban
  • V25 145.3125MHz Cheras, Pandan, Ampang
  • V22 145.2750MHz Nilai, Salak Tinggi
  • V20 145.250MHz Kelang, Kuala Pilah
  • V17 145.2125MHz Ulu Kelang

Repeater Lokalan Baru - 9M4RCF


Lokasi: Bukit Fraeser, Pahang
Frequensi: 146.9375mhz
tone : 85.4
offset : (-) 0.600


semua ham dijemput berkumandang di sana....

MUZAKARAH ASTRA WILAYAH TENGAH - 9hb Mei 2010




Adalah dimaklumkan dan dijemput semua ahli-ahli, bukan ahli dan peminat radio amatur untuk bersama-sama bermuzakarah, bermesyuawarah, berbincang, eyeball ke:


MUZAKARAH ASTRA WILAYAH TENGAH
Tarikh: Ahad, 9hb. Mei 2010
Masa: 9:00 pagi
Lokasi: Pusat Sumber Pendidikan JAIS, Jalan Bukit Jati, Kg. Jawa, Klang.

Aturcara:
8am - 9am - Pendaftaran
9am - 12am - Muzakarah/Mesyuarat/Perbincangan
12pm - - Eyeball & Acara bebas

* Pendaftaran keahlian ASTRA dibuka pada hari tersebut. Sila download borang keahlian di Website ASTRA atau blogspot Astra Tengah.